Man You Should Know...Stacked Version

Mintak maaf ya kawan-kawan...saya bukan tak mahu update post..tapi al maklumlah...sejak menjadi guru terlatih yang tak reti nak letih-letih ni sibuk sahaja memanjang...jadi bila ilmu tu dah diberi tak manis laa pulak bila tergantung macam tu je kan...jadi...saya nak sambung laa...macam x lengkap arr nak terkubur kan macam tu je....

Sokay, menurut pandangan saya, (ayat jawab exam SPM ni) antara salah satu lagi sifat-sifat pria-pria yang boleh kita klasifikasikan adalah seperti berikut:

#7 Bossy

aku selalu je tengok banyak betul laki-laki yang suke mengarah orang buat keje tu la keje ni la....sampai satu tahap tu keje dye pun nak suh kite buat. Ada lah satu makhluk tuhan yang paling BAGUS ni. Pasal assignment laa....yang dye tahu tanye "eh, keje aritu dah siap ke belum? eh ko urus kan lah ek. aku nak gi makan ni..aku nak gi jumpe awek aku ni....aku sibuk ni..nak dating..." eh eh eh...sedap-sedap die je nak bubuh ape-ape perencah sup kan dalam ayat die...aku tak paham betul...pastu plagiat keje orang. siap suh aku edit keje die plak tuh. Ko pikir aku ni ape nak jilat B....T ko ke? Menyampah aku. Aku memang tak boleh blah dengan jantan macam ni. Sebab tu laa jugak aku tak suke jantan. Aku ni tempat nak suruh buat keje je jadi nye...Tak Suka Tak Suka! *gediwksx*

#6 Test Market
Kaum Adam yang macam ni memang banyak gila kat luar sana. Korang pernah masa pergi main basikal (mengapa mesti basikal???) kat taman permainan dulu..(macam tak boleh je nak main kat tepi umah) pastu ade la banyak-banyak jantan ni buat bunyi tikus concorot dye. Macam ni,

"Cuuuppp...cuuupppp...ccuuuiiitt...cuiiittt" 

Alaaa....macam kissing-kissing tu...buat-buat tak tahu pulak. Memang biggest nightmare betul mase tu.
Dah laa sorang-sorang main basikal...(mesti ade basikal ya!)
Pastu kene gangguan seksual macam tu...nak berekreasi pun tak senang. Oleh sebab itu lah kami kaum-kaum hawa ni berasa takut untuk pergi berekreasi sejak zaman modern vintage ini. *alasan yang munasabah untuk tidak exercise*

Pastu satu lagi tactic diorang, "awak comelll laa...mintak no talipon...."
Sekali lagi aku cakap, "Ko pikir Ko CHANTEEK???!!!"
Tolong ye kaum adam di luar sana, kaum hawa amat menyampah dengan makhluk-makhluk tuhan seperti ini. ulang sekali lagi, MENYAMPAH!

#5 Shy shy Cat
Tahu tak MALU? Pemalu tahu tak? Pemalu kucing tahu? (amat fail dalam menjadi google translate) Ya, kesimpulannya adalah pria-pria yang malu-malu kucing. Dia malu, tapi mahu. Aduhh....bisa bisa bisa. Macam ni lah senang, kalau dia terserempak dengan perempuan kan, mesti kepala dia tunduk, kalau ada cangkerang macam kura-kura tu, kepala dia duduk kat bahagian luar belakang cangkerang, bukan dalam cangkerang lagi dah. Begitu tinggi nya tahap kemaluan dia....*mengapa agak pelik ayat ini?* Tapi kan yang pemalu ni lah selalunya bila dia berjumpa sesuatu, iaitu seorang yang amat menyentuh hatinya, pasti dia akan bertindak pelik dari biasa. Jika ini berlaku pada anda, YA andalah insan yang terpilih itu! (aku pun tak paham apa yang aku cakap. terimakasih. titik.)

#4 Sickly Envious
Ohhoihoooiii....yang ni paling aku suka sekali. Because, it it really related to my Boboi...sorry boy, but its true. *tetibe kuar ayat kampung* Pria gantang seperti ini sememangnya adalah selalunya amat romantik, Ya, saya tidak menidakkannya. Akan tetapi, tetapi, tetapi, ya tetapi, tahap kecemburuan dan kecumbuan *mengarut lagi* amat tinggi. Dia memang kuat jeles. Even ade nombor talipon lelaki lain dalam enset 3310 anda pun dia akan merajuk, marah, merajuk, marah, membebel, bergaduh, menangis dan tidak bertegur selama 2 jam. (keadaan ini hanya berlaku pada diriku sahaja...uhuk uhuk.) Apatah lagi untuk anda bermesej-mesej dengan rakan sekelas anda bertanya kan tentang assignment, lagi dia akan menyalah pahamkan diri nya yang memang sedia ada kurang paham itu. Oleh itu, sebagai wanita, Ya wanita, Ya saya lah itu, akan melawan balik dengan berkata: "Jangan nak buat perangai gila boleh tak? K bai. Tutup talipon. Menangis lah engkau kat situ pah ceroh!" Padan muka.

#3 Sex Maniac
Tiap kali aku masuk chat room laa, mesti tak terlepas dari buaya-buaya yang amat gersang. Ya, saya memang direct. Even aku cakap umur dah 40 tahun pun masih nak gersang lagi. Even aku cakap aku ni lelaki pun dia nak gersang lagi. Memang dasar Gay betul lah. Aku cakap aku tukang sapu a.k.a Mak Cik Kiah Cleaner pun dia nak gersang jugak. Aku tak paham betul lah. Aku repeat lagi, Aku tak paham betul lah! Sebab tu aku bukan kaki chatting, sebab 8/10 yang chat ngan aku mesti Sex Maniac. Geli ah!

#2 Gold Digger
Hum...ya...Hum...ya... Lelaki sepatutnya tukang cari duit. Tapi yang ni pulak terbalik. Perempuan pulak kena cari duit untuk dia. Adalah kenalan aku, sedih jugak la cerita dia. Sebab dia jugak satu hal. Sayang tak bertempat. Semua dia tanggung untuk boyfriend dia. Boyfriend je tu. Makan, topup, kasut, baju, nasib laa underware dia tak tanggung sekali. Dia hadiah kan kasut untuk birthday jantan tu, dah dapat kasut tu terus dia tinggal. Rupa-rupanya dia ada perempuan lain dah. Semata-mata nak kasut sanggup lah dia berlakon depan perempuan tu. Nasib laa kasut je kan. Macam perempuan laa kau minat kasut. Kalah aku. Then yang tak tahan dah lah gold digger atau bahasa Portugis nya PISAU CUKUR, selepas itu, dia juga kaki pukul. Memang complete siap laa perangai macam celabai. kalau tak pun yang macam ada tanduk dua kat atas kepala tu hah. Pikir lah sendiri.

#1 Casanova
Ya, inilah dia pemenang kita pada hari. The winner of Jejaka yang memang *****. (Isi tempat kosong dengan ayat yang sesuai) Casanova @ Mat Romeo @ Buaya Darat. Ciri-ciri untuk dikenal pasti:
1. Muka Manis.
2. Mulut Manis.
3. Senyuman Manis. 
4. Lirikan Mata Manis.
5. Bau perfume sebatu boleh bau.
6. Setiap kata-kata yang terungkap adakah ayat-ayat yang membunuh.

Senang cerita Casanova ni memang kita senang je hati kalau bercakap dengan dia. Tapi jangan nak syok sorang, sebab ada 60 lagi perempuan lain yang dia buat macam tu. Tapi satu prinsip Casanova ni, : No women, I cry. True women, I die. Tak paham? Aku pun tak tahu laa nak cakap macam mana lagi. 

Okay, sekian. 

Ruqaiyah Rahman


p/s: Entry ni dah lama dah ada dalam draft. So segala terkasar bahasa minta di maaf kan kerana ini adalah pemerhatian saya sendiri. Segala bangkangan sila tinggalkan komen anda. Kbai.

Comments

Popular Posts