Pertemuan dan Perpisahan, Percintaan dan Pengorbanan

Pertemuan dan Perpisahan,
Percintaan dan Pengorbanan.

Dua cerita ini nampak berbeda, 
TETAPI
Mereka amat berkait rapat di dalam satu kitar kehidupan.

Dimana...
PERTEMUAN itu terjadi kerana ALLAH,
PERPISAHAN itu juga terjadi kerana ALLAH.

PERCINTAAN itu terjadinya kerana ALLAH,
PENGORBANAN itu juga terjadi kerana ALLAH.

Apakah makna di sebalik semua PERTEMUAN, PERPISAHAN, PERCINTAAN dan PERNGORBANAN ini???
Mudah sahaja ceritanya.

Pertemuan itu berlaku kerana ada hikmahnya. Pertemuan itu yang membawa kita ke arah satu langkah kehidupan yang lebih baik dan memberi peluang kepada kita untuk mengenali hambaNYA di muka bumi ini. Perpisahan, pasti akan berlaku perpisahan itu, sama ada pantas atau pun lambat, perpisahan di tangan kita, atau perpisahan di tanganNYA. Perpisahan itu adalah ujian untuk menjadikan kita lebih tabah, lebih sabar sebagai hambaNYA. Perpisahan itu mengajar kita erti hakmilik itu tidak kekal selamanya. Ia akan kembali kepada tuannya, iaitu Tuhan Yang Esa. Perpisahan itu terjadi di atas sebab, ada sebabnya, bukan.... ia adalah untuk memberi peringatan kepada kita bahawa perpisahan itu perlu bagi kita sebenarnya. (okei, mengarut sudah walaupun ia benar). Oleh itu, terimalah di dalam setiap pertemuan itu ada perpisahan.
Bertemu kerana ALLAH, berpisah kerana ALLAH. Sematkan ia dalam hubungan kita selama ini dan selamanya.

Percintaan dan pengorbanan. Di dalam setiap percintaan pasti ada pengorbanan. Betapa tulusnya cinta itu, betapa lagi besarnya pengorbanan dalam cinta itu. Dimana pertemuan itulah yang membawa percintaan, dimana perpisahan itu yang membawa kepada pengorbanan. Dalam hidup ini bukan setiap harta benda boleh kita miliki. Dimana ia memerlukan di saat yang memerlukan, memberi kepada yang lebih memerlukan. Perasaan nafsu itu perlu dibuang jauh-jauh kerana tiada pertemuan, perpisahan, percintaan dan pengorbanan kerana ALLAH akan terjadi jika dicampur dengan nafsu dan perasaan jiwa yang tiada akal dan iman. Jadi, dimana besarnya pengorbanan itu adalah satu ujian yang besar bagi kita untuk tetap tabah. Walaupun perit dan pedih, tapi selamkan di hati kita sedalamnya, sejauhnya niat utamanya untuk ALLAH s.w.t. Tiada makna  pertemuan tanpa pengorbanan, percintaan tanpa perpisahan. Mungkin agak pelik. Tapi itu yang benar. Ia sememangnya amat berkait rapat. pertemuan itu juga memerlukan pengorbanan. Percintaan itu juga memerlukan perpisahan. Atas kita untuk menilai dan merancangnya. Tapi ketentuan adalah segalanya daripadaNYA. Terima seadanya segalanya, kerana ada hikmah disebaliknya. 

Sekian.

Ruqaiyah Rahman

SMILE! :)






Comments

Popular Posts