This is my Love Story


Sebelum itu, Izinkan saya untuk ber"JIWANG" sebentar untuk malam ini.

Pertama kali saya cuba untuk mendedahkan kisah cinta saya di hadapan orang ramai. Walaupun ramai orang tahu yang saya sudah berpunya tapi jarang untuk saya menceritakan kisah cinta kami. Kerana bagi saya itu adalah privasi kami. Disini pun bukan saya mahu cerita lebeh-lebeh pun...Mungkin ingin aku rungkaikan tanda tanya bagi persoalan yang bermain di minda anda...

Sebelum itu, izinkan sekali lagi untuk saya bercerita siapakah lelaki yang bertahta di hati ini...
(Tiba-tiba rasa nak muntah, sebab memang ini bukan diriku yang sebenar. Jika anda kenali saya selama ini mesti anda juga bersetuju dengan saya)

Dia:
  • adalah orang Terengganu, yang sememangnya Bapak saya ANTI dengan orang Terengganu. (tak tahu macam mana nanti)
  • Telah mendapat 3 GAGAL dalam SPM nya....(sesungguhnya aku berbangga dengan pencapaian nya)
  • BUTA sebelah mata kirinya. Ramai orang tidak percaya akan hakikat ini begitu juga dengan saya pada mulanya. Kes Kecederaan: Kecik2 main wayar elektrik talipon yang tiang besar tu pastu tali wayar tu terputus lalu menyambar matanya.
  • Hanya anak FELDA. 
  • mula pandai membaca ketika darjah 4. KES: Suka ponteng kelas sebab nak main kat kolam ikan sekolah dan x tahu yang kene masuk kelas.
  • suka sangat menjual air tebu yang sememangnya ORI dan sedap.
  • suka makan JERING. (memang busuk!)
emmm...begitulah sedikit sebanyak. Kenapa saya mendedahkan kelemahannya?

Kerana bagi saya kelemahan itulah yang membuatkan dia lain daripada yang lain. Walaupun dia buta tapi dia masih lagi dapat hidup seperti manusia biasa. Walaupun kehilangan sebelah mata mungkin biasa bagi kita, begitu jugalah jika kita kehilangan satu kelebihan yang diberikan oleh ILAHI kita akan kurang sesuatu.

Bagi saya dia adalah seorang lelaki yang banyak mengajar saya erti kehidupan. Dia banyak membantu saya dari segi fizikal dan mental. Setiap perkara yang dihadapi dalam hidup ini senang dan susah juga saya akan kongsi bersama. Bagi kami itu adalah cara untuk merapatkan hubungan kami. Kerana saya juga tidak ramai kawan untuk memahami jiwa saya. Dia adalah teman hidup saya selama ini.

Kami bukanlah sepasang kapel yang selalu menjadi norma remaja sekarang untuk suka-suka. Kerana telah banyak kepahitan yang kami lalui selama ini. Amat rugi rasanya untuk memutuskan hubungan ini kerana segala kemarahan dan cacian yang kami terima dari ramai pihak tidak setuju dengan status kami berdua. Betul, Saya pelajar yang lebih cemerlang, tapi tidak bermakna lelaki yang lain memahami apa yang ada di lubuk hati ini.

Saya masih lagi teringat akan kata-kata rakan lelaki sekelas saya " Lelaki malang yang mana dapat pompuan macam engko ni??? Aku tak rela laa...." Anda dapat lihat? Berapa banyak lelaki zaman sekarang ini akan sanggup bertahan dengan perempuan macam saya? Sedangkan lelaki yang gaji beribu-ribu belum tentu lagi akan setia dengan teman nya. Bagi saya, ketakutan untuk mempercayai lelaki itu masih lagi dapat menguasai diri saya kerana saya mempunyai pengalaman yang besar dalam bidang itu.

Seperkara lagi, cincin yang menjadi tanda di jari ini juga menjadi tanda hubungan kami yang kami merancang untuk ke peringkat yang seterusnya. Atas anda untuk menilai apa makna hubungan kami, kerana saya tidak ada surat formal untuk mengatakan kami sudah bertunang. Tapi kalau sudah menjadi tanda orang, apakah maknanya lagi disini?

Sedikit sebanyak ada juga susahnya menjadi hak milik seseorang. Saya terpaksa menjaga hubungan saya dengan rakan-rakan dan juga dia. Tetapi, keluarga saya adalah yang lebih diutamakan. Kehormatan diri juga perlu dijaga.

Behave yourself!

Sememangnya saya lebih suka untuk menjadi bebas, keluar bersama kawan-kawan, dan juga bergurau senda. Tapi, selalu juga aku diingati "Jangan Cara Lelaki Lain". Payah laa....tapi terima jelah...Sebab ini laa aku payah nak cooperate dengan budak laki...juga aku tak suka orang nak menggedik dengan aku...lebih-lebih lagi type yang "just want to try something new...u know what I mean". Entah...kadang-kadang tak paham jugak dengan diorang. Tapi saya juga lebih selesa dengan keadaan begini.

Cinta itu sukar untuk dijelaskan dengan diungkapkan dengan setepatnya. Anda perlu merasai dahulu apa itu kepahitan cinta dan kemanisan cinta barulah ada dapat menilai apa maknanya CINTA.
Ramai juga kita lihat orang yang pernah bercinta serik untuk bercinta semula. Juga ramai yang tidak akan menerima apa itu CINTA. Anda jangan kata bahawa berCINTA itu suatu yang merugikan. Kerana saya Belajar banyak perkara melalui CINTA.

Tanpa CINTA saya tidak tahu bagaimana untuk mengasihi seseorang. Tanpa CINTA juga saya tidak tahu apa itu hati dan perasaan. Tanpa CINTA juga saya tahu apa itu makna PENGORBANAN. Saya disini bukan menggalakkan untuk anda bercinta. Tapi saya ingin mengubah persepsi orang yang melihat kepada hubungan cinta ini. Anggaplah bahawa setiap hubungan itu sebenarnya suatu yang serius dan penting. 

Atas anda untuk menilai entry ini. Saya tahu apa yang saya lakukan.
Disini nyatakan segalanya. 

Comments

Popular Posts