20130314

Bola Katok itu Kami!

Bola Katok

pernah main BOLA KATOK dok?
dok pernah?
guane ngat mung dok rajin main goni
feymes kot taim kecik-kecik dulu.
only 92's generation know how it was.

aku main bola katok first mase umur 9 tahun, darjah 3. *betul laa tu*
PJ kat sekolah, dan sekolah di terengganu, SK SERI BANDI
mesti takde orang pernah dengar nama tu
ya, aku memang suka duduk dan bertapa di felda-felda, kampung, ulu, hutan bilantara belantara
masa tulaa aku baru kenal bola katok.

Bola Katok diasalkan dari sofball, besboll,
Bola adalah bola lisut, bola tenis,
Katok ialah pukul.
"aku katok mu kekgi" = aku pukul engkau nanti
pengatok yang digunakan adalah
kayu bangku kerusi yang telah patah,
tiang rumah,
kayu basikal adik,
kayu plastik, *kayu lagi, plastik lagi, takpaham*
senang cerita, segala kayu yang keras dan boleh digunakan untuk mengatok

dan kami ada selipar jamban,
selipar bata,
selipar jepun,
selipar fipper,
sebagai base untuk memijak ketika lari memutar padang.

tengok ni.



4 penjuru mesti dipijak.
anda lihat? *google malay translation detected*
sama macam sofbol kan.

dan baru-baru ini,
aku main bola katok dengan anak murid tuisyen aku,
the oldest, PMR, form 3, 15 tahun.
aku, 21 tahun, guru pelatih, kecelaruan identiti umur sebenar,
terlibat dengan kanak-kanak berumur 13tahun kebawah, 5tahun pun ada.




Semua budak-budak kan.


mereka memanggil namaku ketika aku ingin mengatok bola,
"Cikgu, cikgu, cikgu"
wah...rasa bersemangat hebat laa masa tu
tiba-tiba rasa macam bermain bola katok di peringkat kebangsaan.




itulah Kaki Bangku, bukan kaki bangku manusia. you noe what i mean.

Abby cakap, "Cikgu katok derah doh, tapi....lari dok jijok slipar" =cikgu pukul kuat, laju dah, tapi tak pijak selipar.
Amar pulok, "Aku nak tunggu baju biru comel katok tu.....!" menjerit.
bila aku katok jauh, terus dia diam.
tergugat laa tuuu...pikir cikgu tak reti main bola katok,
see the hand laa main tenis ni...

pada petang itu juga,
aku merasai my life is complete,
rasa sunyi, tapi ada anak-anak menemani.
aku juga dihadiahkan karipap.
Abby cakap aku suka makan karipap.
Memang.



Aku suka karipap. Nyum!


No comments:

Post a Comment

Just Type it OUT! :)