Diriku sebagai PENCURI Xperia Mini...

Ku jalani hidupku sebagai pencuri di minggu ini dengan perasaan yang amat "BANGGA".
Bangga kah aku dituduh sebagai pencuri?
tuduhan yang tanpa bukti dan juga menyebarkan segala macam fitnah dan cerita di IPG.
Hampir seluruh warga IPG melihat aku sebagai pencuri sekarang.
YA! sekarang...dan selamanya mungkin.

ingin aku merobek muka penuduh itu, apabila aku didatangi oleh pemilik talifon tersebut, yang dengan semena-menanya tanpa usul periksa meminta kepadaku untuk memulangkan talifon nya. Aku bingung, aku mengerutkan dahiku. aku balas, "aku tak ambik enset ko. aku nak buat ape. ko cek arr barang-barang aku skang"
dia menolak. dia kata, ustaz yang ada ilmu falaq kata enset tu tak ada ditangan aku sekarang dan aku sendiri pun tak tahu dimana aku selit talifon itu sehingga aku pun susah nak cari.

Aku memangil rakan-rakan ku, yang sememangnya sudah tahu bahawa aku dituduh. mereka merahsiakan. kerana takut aku tak dapat terima. ternyata, cerita di pihak kawanku lain benar dari cerita si tuan henset. tuan henset cakap dia tanye perkara yang sama pada semua orang, dia cakap dia tak tuduh aku dan tak syak aku yang akan menjadi pencuri nya. Kemudian di pihak rakanku pula, dia cakap yang die memang syak aku yang amik enset die. Dia jugak cakap kalau aku tak pulangkan, jangan menyesal kalau aku kena serang dengan ABANG-ABANG BESAR disini. Aku rasa ditipu. aku rasa aku dianiaya. Kawanku cakap, bukti mereka menuduh aku adalah sebab aku keluar last dari surau kat Kem Wataniah Sabtu minggu lepas.

Kami bertemu semula dengan gadis itu. Ya, seorang gadis. telah memutar belitkan ceritanya. Ternyata bukan gadis itu yang berjumpa ustaz tersebut. Ada seorang senior yang sama umur yang pergi berjumpa ustaz. Dialah juga yang menyiasat kes ini dan dia jugalah yang menuduh aku yang keluar lambat dari surau dan kembali semula ke surau. walhal yang kembali ke surau adalah rakan ku.

Keesokan nya, rakan sekelas ku membocorkan rahsia bahwa perkara ini sudah dibongkar ke seluruh pelajar asrama. mereka telah tahu semua kisah sejak hari pertama henset hilang. Aku mengetahui bahawa aku dituduh pencuri setelah 3 hari perkara dihebohkan. Apa perasaan anda ketika itu? Aku sebagai Pencuri. Aku dilabel pencuri selama ini. Dan sebenarnya, pelbagai lagi cerita lain yang berselindung disebalik ini. Setelah classmate aku menceritakan bahwa mereka telah jumpa tuan pegang henset itu, tapi classmate aku pelik kenapa aku dituduh pula? mereka lagi pelik kerana aku dituduh tanpa bukti. Dan aku berasa kesian kepada mereka, kerana aku habis nama kelas aku turut menjadi buruk.

Aku dan rakanku turut disoal siasat. Siapa yang soal siasat kami? senior yang sama yang berjumpa ustaz dan yang sama yang nampak aku pulang kembali ke surau dan kuat mengatakan bahawa aku lah pencuri nya kepada tuan enset. Ya, dia siasat aku, tapi sehingga ke hari ini, aku tidak tahu apa keputusan nya. Aku akhirnya memberi jawapan bahawa aku terima apa segala keputusan dan segala tuduhan yang mereka lakukan. mereka yang mengkehendaki perkara itu. aku sebagai pencuri. Aku rela. KERANA aku tidak diberi peluang untuk memberi bukti aku bukan pencuri. Anda bacalah cerita dibawah ini dan anda kaji lah sendiri. Jika anda rasa sayalah pencurinya terpulanglah.

"Kami pergi ke surau setelah selesai makan tengah hari. Setiba nya aku disurau. aku terus meletakkan beg aku dan aku tidur dibawah aircond. Aku yang tidur dahulu. Aku masih dengar suara rakan ku bercakap-cakap. Ada diantara mereka yang tidak tidur. Aku dikejutkan oleh mereka setelah mereka siap sedia untuk ke kem latihan kawad. Aku masih lagi tidak menunaikan solat zohor. aku bangun ke bilik air. Aku lihat hanya seorang yang tinggal didalam surau. Yang lain sudah siap pakai kasut. Sama juga tuan punya henset yang hilang. Aku naik kembali untuk solat. Habis solat, ternyata surau sudah kosong. hanya aku seorang. Aku keluar dari pintu surau dan ternampak masih ada lagi pelatih lelaki dn juga ketua wataniah kami yang baru sudah ambil wudhuk. Aku yang akhir meninggalkan surau selain lelaki.

Kemudian setiba di bilik koperal, sudah kecoh pula enset hilang. Aku tanya dia letak kat mana. Dia cakap dia letak bawah stokin. Masa pakai stokin enset dah takde. Aku suruh dia cari balik kat surau. Ada juga rakan-rakan yang lain cakap dia pikir henset tu dah tak ada sebab dia letak dalam beg kawan.

Memang kami, driver iaitu senior, kawanku dan aku ada kembali ke surau. Rakanku yang turun pergi ke surau. Aku didalam kereta sepanjang masa. Senior itu ada bersama aku. Datang seorang lagi senior mencari tuan enset. Tuan enset memang naik kereta dengan kami selama ini. Tapi petang itu dia naik kereta orang lain. Dua orang menjadi saksi aku tidak pergi ke surau. Ramai saksi aku tidur sepanjang masa disurau. Melainkan lah aku boleh mencuri ketika aku tidur. sememangnya ketika aku bangun dia dah pakai stokin.

Anda baca anda nilai.

Comments

  1. sabo dik. allah ada. allah tau siapa yg benar, siapa yg salah. doaklanlah semoga yg membuat fitnah itu insaf dan bertaubat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita doakan fitnah ni akan henti dan hiolang. Moga kebenaran akan muncul. amin.

      Delete
  2. orang dengki la tu sebab mung comey. saja nak buat buruk nama mung. sabar lah kayah. biar la nama kita buruk bukan mung tak biasa kena fitnah. aku sebagai abang mung memang kenal sangat perangai mung macam mana. sembayang la hajat mintak nama mung baik semula. dari pada abang mung yang kacak - oya-

    ReplyDelete
  3. sesungguhnya allah bersama orang2 yg sabar...

    ReplyDelete
  4. banyakkan bersabar..Allah sentiasa bersama orang2 yang bersabar.. dah jumpa ke handphone tu?

    ReplyDelete
  5. Buat masa ni tak jumpa lagi...entahlaa...sebnarnya diorang dah anta mesej kat enset tuh suh pulang dalam masa 40hari...kalau tak pulang pecah perut. Then, yg pegang enset tu anta mesej tanye alamat nak anta, and ciap cakap lain kali jgn letak enset merata-rata. Pastu tak tau diorang setel camne, tetibe saya pulak yang dituduh. Pasal mesej tu budak sekelas yang cerita sebab yang siasat hal ni ada datang bilik die malam tu cari orang. and die cerita kat classmate saya. Classmate saya pelik sebab sepatut nye hal dah selesai, tapi jadi saya pulak yg kene tuduh.

    ReplyDelete

Post a Comment

I love to hear it from you :)

Popular Posts