20130407

Kadang-kadang aku rasa

Kadang-kadang aku rasa pelik
kadang-kadang aku rasa
English is harder than Malay
Melayu lagi payah dari Inggeris

Aku rasa pening bila belajar dalam Melayu
Jawab soalan English
Bila belajar dalam English
aku kene translate ajar orang Melayu
apakah perasaan ini?

Aku dirojak-rajikkan *ini adalah melayu susah* oleh bahasa
Bahasa telah memeningkan kita
Begitu juga TITAS. *ya, tak habis-habis dengan TITAS*
"Aku bukan minah sejarah." rasa macam tajuk novel.
Aku memang fail sejarah.
Aku tak pernah buat nota sejarah.
Aku selalu kena rotan sebab tak buat nota sejarah.
Sampai rotan cikgu pun muntah tengok tangan aku.
Rotan menjerit, "Aku tak nak tangan puaka ini!"
Tangan puaka yang tidak makan dek rotan.
Kebal katanya. Pelepah tamar gelaran diberi guru Sejarah.
dan dia pun sudah tidak kisah lagi untuk merotan aku.
Aku dipulau. Cukup. Itu kisah lain.
Dan minta maaf TITAS. aku tak sangup untuk menghadap engkau.
Walaupun dateline nya hari ini, tapi aku nak hantar esok.
Barangkali. Insyaallah.

Aku
Kadang-kadang rasa pelik.
sebab itulah aku pelik.
entah. Aku tak dapat merasa apa-apa ketika ini.
aku cuma rasa sedeh yang amat. sedeh sebab kamu. ya kamu. aku tahu kamu ada di situ.
you'll get what you did dude. 

No comments:

Post a Comment

Just Type it OUT! :)