Cerita Budak Sekarang

Tiba-tiba je teringat pada suatu masa dahulu.... (ada macam cerita kat Astro Ceria je intro camni)
Biarlah.... 
pada suatu masa dahulu....
ketika itu saya masih lagi kanak-kanak tadika... *oleh itu menggunakan ganti nama SAYA...sebab masih innocent masa ni*
Saya mase kecik pergi tadika la....

Tadika Methodist Raub atas bukit...yang tu je aku ingat.
Tadika tu...semasa itu...saya masih lagi berusia 5 Tahun (1996 kot?)
EH...kejap. Sekarang umur aku 20 tahun...

20 Tahun = 2012
5 Tahun = 2012 - 15
             =1997

okee...tahun 1997. hehee.... :D
ya...1997...di atas bukit di belakang Sk Methodist Perempuan Raub, Pahang, aku bertadika...
Waaahhh...sungguh manis ayat itu untuk dijadikan kenangan. *okay, dah cakap aku. Bukan budak Innocent lagi*

Ketika itulah aku belajar English dan mengira dalam Bahasa Cina.
Menarik bukan. Bahasa Melayu??? 
entah laaa...tak ingat pulop. Ade ke dok arr??? aku tak ingat.
Senang cerita takde. Sebab teacher aku semua Chinese dan India je.

Tengok tu...multi racial. Ce teka mane aku...mesti tak jumpa punya laaa.

Oleh itu, kerajaan telah berjaya menanamkan semangat Satu 1Malaysia sejak sekian lama dalam diri ini. *tetibe patriotik*
Ahhh...ngaruk! 
Balik smula citer tadi. Atau dalam erti kata lain, sambung balik cerita tadi. Aku tahu tak ramai reti bahasa Terengganu.
Time tuulaaa aku belajar English, mengira bahasa Cina.
Salah!
Mengira dalam Bahasa Cina. Aku nak kira bahasa cina buat ape. Bukan aku tahu pun ada berapa bahasa cina mase tu. Sekarang ni pun aku tak tahu. Malas nak Google.

Pastu...ari-ari kan mase rehat dapat makan biskut.
Biskut ada banyak dalam tin. Amik ikut suke je.
Aku suka sangat biskut bulat yang masin-masin kecik-kecik tu.
Sekarang biskut tu aku tahu nama dia Ritz.
Tapi aku takdelaa makan yang Ritz mase tu.
Yang murah jelaa...kaya sangat laa Kindergarten tu nak beri biskut mahal.

Pastuu kan satu lagi cerita kan....*seriously macam budak-budak*
Aku ... emmm... agak kotor cikit laa...
Pergi laa membunag air besar di tandas tadika itu.
Bangunan lama mana ade air...
pastu yang ketika itulah pertama kali aku berinstinjak menggunakan tisu.
Aku takdelaa kene ajar yang tu instinjak dah name pun cikgu aku tu bukan islam.
Tapi sekarang laa baru aku tahu.
Agak sadis jugaklaa...

Tak lame tu aku berhenti tadika tu...
Aku pergi sekolah pulak.
Umur baru 6 tahun.
Menumpang lah kiranya.
Aku pun bersekolah di SK Methodist Raub.

Pada suatu hari aku belajar tu,
Cikgu kat depan tunjuk kad perkataan bergambar.
Kad tu tulis "CAT"
aku pelik....ngape takde gambar kucing.
Selama ni aku belajar ada kucing.

Kitorang pun baca laa ramai-ramai,
"Cat, Cat, Cat, Cat!"

mungkin cikgu tu sedar kot aku baca lain.
Yelaaa..suara paling nyaring sekali kan kuat pulak tu.
Dia pun panggil nama aku,
"Ruqaiyah, cuba baca." cikgu itu berkata dengan sopannya.. Of course lah. Cikgu kan. Macam aku. Ihik!

Aku pun baca, "CAT!" *cat dalam erti kata kucing*
Cikgu tu cakap, "Bukan, CAT!" *cat dalam erti kata tin cat*
"CAT laa cikgu. C, A, T, kan bunyi Cat!"
"Bukan...cuba tengok gambar ni. Ni gambar cat. Mana ada gamba kucing kat sini."
"Cikgu salah. CAT laa. Cat bunyi CAT laaa..."

Aku pun tak tahu ape yang terjadi selepas itu. Mungkin cikgu tu minta berhenti mengajar sebab dapat  anak murid cam aku. hahaha! XD
Tapi, bukan salah aku. Dah selama ni aku belajar CAT kucing.
Mana aku tahu ada tin Cat pulok.
Tulaaa...ni semua salah Kindergarten. Tak ajar aku Bahasa Melayu.
Isk Isk...



Comments

Popular Posts